ENJOY FREE SHIPPING FOR PURCHASE RM100 AND ABOVE

PEMAKANAN IBU HAMIL UNTUK ANAK BIJAK


Semestinya ibu mengandung mahukan anak yang dikandung mereka selamat, sihat mental dan fizikan serta yang pasti mereka mahukan anak yang bijak. Oleh itu, sudah seharusnya sebagai ibu hamil mereka perlu memastikan pemakanan mereka di jaga dan mengambil makanan seimbang dan sihat bagi pembentukan IQ anak sejak dari dalam kandungan lagi. Bukan menjadi alasan lagi kepada ibu hamil bagi mendapatkan makanan seimbang kerana makanan tersebut mudah di dapati untuk di amalkan.


Di sini dikongsikan 8 jenis makanan yang boleh di amalkan oleh ibu hamil untuk anak bijak:


  1. Chia seed

Chia seed sangat terkenal dengan kandungan DHA dan EPA nya yang sangat tinggi dalam membentuk perkembangan otak dan IQ bayi. Ianya ialah sumber utama Omega 3 dan energy booster buat ibu hamil. Malah ianya mengandungi kadar protein yang baik dan boleh membantu perkembangan organ bayi dalam kandungan


  1. Dark Chocolate

Ibu hamil perlu mengamalkan dark chocolate semasa trimester pertama dan kedua bagi membantu perkembangan janin kerana zat besi, zinc serta vitamin K yang tinggi. Ianya juga mengandungi flavonoid, antioksida yang boleh meningkatkan ketahanan tubuh ibu hamil agar meraka dan janin bertambah sihat.


  1. Almond

Khasiat almond boleh merangsang otak bayi untuk berkembang dengan baik manakala manfaat almond yang mengandungi asid folik yang mampu menghindari bayi daripada risiko kecacatan samada kecacatan fizikan mahupun mental. Kandungan zat potassium yang terdapat di dalam kacang almond memiliki fungsi untuk menstabilkan tekanan darah di dalam tubuh ibu hamildan tidak mengganggu perkembangan janin.


  1. Walnut

Jika ibu hamil tidak gemar mengamalkan ikan, mereka boleh mengamalkan walnut kerana ianya mengandungi omega 3 yang baik untuk kandungan juga perkembangan otak janin. Tambahan, kandungan serat di dalam walnut membuatkan ibu hamil mersa kenyang lebih lama.


  1. Ikan Salmon

Ikan merupakan sumber protein dan sumber DHA serta omega yang sangat baik untuk ibu dan perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Kandungan zat pada ikan salmon sangat baik untuk ibu hamil. Ikan Salmon mengandungi protein tinggi dan merupakan sumber omega 3 lemak yang berguna untuk kesehatan janin di dalam kandungan. Selain itu, ikan salmon mengandung lebih sedikit merkuri berbanding ikan-ikan lain.


  1. Minyak Ikan

Minyak ikan mengandungi omega 3 yang sangat tinggi bagi perkembangan janin dan kesihatan ibu Ianya mempunyai kangungan DHA dan EPA yang tinggi boleh memberi kesan positif untuk perkembangan visual dan kognitif pada bayi serta mengurangkan risiko alergi pada bayi apabila lahir.


  1. Buah-buahan dan sayur –sayuran 

Buah-buahan dan sayuran merupakan makanan semulajadi yang kaya kandungan zat yang bermanfaat. Buah buahan membekalkan nutrisi seperti beta carotene yang membantu pembentukan tisu dan sel tubuh, dan juga memberikan sistem keimunan yang lebih kuat. Buah buahan juga adalah sumber vitamin c yang penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi dan juga asid folik yang membantu mencegah kecacatan janin.


  1. Soya

Kandungan protein yang terdapat dalam soya mempunyai manfaat positif untuk pembentukan janin dalam kandungan termasuk pembentukan otak janin. ibu yang pernah menghadapi masalah diabetes semasa hamil, digalakkan mengambil soya kerana soya juga mengandungi fiber dan juga boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah dan juga mengawal paras gula kerana soya tergolong dalam makanan rendah gliseBoleh 


Boleh share , semoga artikel ini akan membantu ramai ibu hamil di lar sana



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.