ENJOY FREE SHIPPING FOR PURCHASE RM100 AND ABOVE

7 MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU UNTUK SUSU YANG BERKUALITI



Sesetengah ibu yang sedang berpantang kemungkinan akan mengalami susu badan yang kurang malah tidak keluar langsung. Namun, tidak menjadi masalah bagi ibu yang selepas melahirkan mendapat susu yang banyak untuk disalurkan kepada bayi mereka. Mungkin menjadi kerisauan buat para ibu yang mempunyai masalah susu badan yang kurang malah tidak berkualiti kerana akan mengganggu keselesaan dan pertumbuhan bayi juga. Pastinya ibu selepas bersalin hendak tahu apakah amalan pemakanan yang boleh membuatkan susu badan mereka meriah dan yang paling penting BERKUALITI. 



  • Sayur Hijau


Sayur- sayuran hijau teramatlah baik buat ibu selepas bersalin seperti bayam,sawi dan sebagainya untuk susu yang berkualiti. Bayam terutamanya mengandungi kadar vitamin dan mineral yang tinggi termasuklah zat besi, kalsium, folat serta vitamin A. Kesemua khasiat ini amat membantu untuk penghasilan susu badan. Tidak kisahlah bagaimana ibu –ibu memilih untuk memasaknya samada di masak sup,di goreng atau sekadar di celur sahaja.


  • Kurma

Tidak dinafikan kurma memang banyak khasiatnya terutama dalam mendapatkan susu badan yang berkualiti. Malah kurma juga menjadi kegemaran Rasululullah, maka sudah tidak ragu ianya merupakan makanan yang sangat bagus. Kurma boleh menghasilkan tenaga buat ibu berpantang dan tidak mudah penat. Maka, apabila ibu tidak penat dan sentiasa segar akan menghasilkan susu badan yang banyak malah berkualiti.



  • Kekacang

Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah badam dan gajus yang tinggi dengan kadar protein, zat besi dan serta mampu memberbanyakan susu badan dan ianya sesuai dibuat snek harian ibu-ibu. Selain itu juga khasiat kacang sangat baik untuk ibu dan bayi antaranya ialah sebagai serat untuk pencernaan, VitaminE untuk rambut dan kulit, Kalsium untuk mencegah hipertensi terutamanya ibu –ibu yang baru bersalin.


  • Produk tenusu

Keju merupakan salah satu produk tenusu yang mampu membekalkan banyak kalsium dan protein serta pelbagai vitamin B yang penting untuk sistem badan. Ianya juga dikenali sebagai makanan yang boleh melancarkan sistem percernaan ibu serta menghasilkan susu yang berkualiti. Selain itu, susu segar mahupun yougurt juga mampu membekalkan kalsium, protein dan vitamin B dan D secara harian untuk ibu. Pengambilan susu secara rutin juga sangat penting kerana ia dapat membantu memastikan kesihatan tulang ibu dan bayi melalui air susu yang disalurkan.



  • Sumber protein sihat

Telur rebus merupakan salah satu sumber protein yang sihat kerana ianya menyimpan banyak khasiat dan kebaikan buat si ibu serta membantu perkembangan janin yang sihat. Seperti yang kita tahu, telur kaya dengan protein dan lemak asid omega 3 baik untuk pengahsilan susu ibu yang banyak dan berkualiti untuk bayi. Selain memberikan tenaga, ayam dan daging baik untuk diet sihat ibu-ibu yang menyusu. Ayam dan daging mengandungi protein yang sangat tinggi dan ia baik untuk tambah susu badan.


  • Ikan salmon

Ikan salmon dipercayai mampu meningkatkan penghasilan susu ibu yang berkualit malah dipercayai mampu meningkatkan kecerdasan bayi. Ikan salmon kaya dengan DHA serta bermanfaat untuk perkembangan sistem saraf bayi. Ibu-ibu boleh mengamalkan makan ikan salmon dan di masak dengan pelbagai cara mengikut selera ibu-ibu. Sedangkan susu ibu itu sudah mengadungi DHA namun kandungan ikan salmon lebih tinggi kandungan DHA maka harus untuk ibu mengamalkannya untuk susu berkualiti.



  • Buah-buahan ( Oren)

Contoh sumber vitamin c yang boleh didapati adalah buah-buahan sitrus segar dan sayur-sayuran seperti brokoli, buah-buahan seperti betik,jambu batu,tembikai dan oren khususnya. Vitamin C perlu di ambil dalam 120 miligram sehari oleh ibu menyusu yang berumur 19 tahun dan ke atas bagi mendapatkan susu yang berkualiti. Malah vitamin C di dalam buah oren juga boleh mengembalikan kesihatan ibu selepas bersalin dan baik untuk penyembuhan luka ibu.



Maka, itu lah antara 7 amalan pemakan yang perlu diamalkan oleh ibu untuk mendapatkan susu badan yang berkualiti. Ianya sangatlah penting bagi ibu-ibu yang masih menyusukan bayinya kerana bayi sangat memerlukan susu yang berkualiti untuk pembesaran mereka. Kita tidak mahu apa-apa kesan yang buruk terjadi jika tidak menjaga kualit susu ibu dengan sebaiknya. Namun harus diingatkan, jika bayi mempunyai alergi dengan makanan tertentu, ibu haruslah memilih makanan lain yang bersesuaian dengan ibu dan bayi.



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.