ENJOY FREE SHIPPING FOR PURCHASE RM100 AND ABOVE

5 KEHEBATAN KURMA UNTUK IBU MENYUSU YANG RAMAI TAK TAHU


Buah yang biasa kelihatan pada bulan Ramadhan lazimnya iaitu kurma memang tidak dinafikan lagi kehebatan dan manfaatnya. Sesiapa sahaja digalakkan makan kurma ekoran khasiatnya terutama ibu yang menyusu.  Ibu yang menyusu memerlukan susu yang berkualiti dan sihat bagi disalurkan kepada bayi mereka malah untuk kebaikan pada badan mereka sendiri. Susu ibulah yang mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan mereka.  Maka, kurma khasnya memiliki kehebatannya yang tersendiri untuk ibu menyusu.

Antara 5 Kehebatan Kurma untuk Ibu Menyusu:

1# Meningkatkan Penghasilan dan Kualiti Air Susu Ibu
Ibu menyusu yang mengamalkan makan kurma mampu meningkatkan hormon prolactin dimana hormon tersebut akan membantu melancarkan penghasilan air susu ibu disebabkan oleh kandungan amino asid esensial pada kurma yang dinamakan tryptophan. Ianya juga menggalakkan penghasilan hormon serotonin yang mana membantu penghasilan susu ibu dengan baik. Malah, kandungan potassium, serat, vitamin,zat besi, kalsium, magnesium,sulphur ini sangat bermanfaat untuk metabolism tubuh yang diperlukan oleh bayi dan ibu menyusu. Malah kandungan vitamin A dalam buah kurma sangat bagus untuk penghasilan air susu ibu yang berkualiti.
 


2# Meningkatkan Ketahanan Badan Ibu Menyusu
Buah kurma mengandungi tanin yang berfungsi meningkatkan ketahanan badan bagi mengelakkan ibu menyusu daripada mudah untuk jatuh sakit. Malah, kandungan fiktokimia dalam buah kurma berfungsi untuk penghasilan enzim yang menghalang racun untuk meningkatkan imunisasi badan ibu menyusu. Malah, buah kurma yang kaya dengan kalsium dapat memperkuatkan dan menjaga kesihatan tulang ibu menyusu. Tidak dinafikan lagi,ibu yang menyusu akan mengalami sakit pinggang atau sengal-sengal disebabkan proses menyusu atau posisi menyusu mereka.

3# Mencegah Anemia
Kebiasaannya ibu yang menyusu akan mengalami keletihan kerana tidak mendapat tidur yang mencukupi kerana menyusukan bayi mereka.  Mereka akan kerap bangun di tengah malam untuk menyusukan bayi. Perkara ini menyebabkan penghasilan sel darah merah tidak stabil terhadap ibu menyusu. Kandungan vitamin dan zat besi dalam buah kurma boleh membantu dalam pembentukan sel darah merah dan terhindar daripada risiko anemia.

4# Menjaga Kesihatan Sistem Saraf
Potassium yang terkandung pada buah kurma mampu memperkuat daya ingatan dan memperkuat saraf pada otak. Kebiasaanya wanita selepas  bersalin dan menyusukan bayi cenderung mengalami masalah mudah lupa. Oleh yang demikian, kurma dinilai sebagai pencegah daripada risiko penyakit yang berkaitan fungsi otak khususnya Alzheimer. Malah manfaat kurma bukan hanya pada ibu menyusu malah pada bayi juga untuk perkembangan otak tidak terbantut dan tumbesaran yang selari dengan umur bayi.


5# Kaya dengan Zat Besi dan Kalsium
Kandungan Zat Besi dan Kalsium yang terdapat dalam buah kurma dapat membantu proses pembentukan gigi dan tulang si kecil, serta meningkatkan berat badan bayi memalui air susu yang diterima melalui penyusuan ibu. Bukan hanya ibu sahaja yang mendapat khasiat kurma tersebut malah si kecil turut merasakan kesan daripada pengambilan kurma oleh ibu yang menyusu. Tambahan pula, kurma mampu menambahkan tenaga ibu menyusu kerana kandungan glukos yang tinggi. Malah sangat sesuai diamalkan di bulan  puasa kerana kurma mudah membuatkan ibu menyusu merasa kenyang dan mendapat tenaga yang cukup untuk beraktiviti.
 
Begitulah lima kehebatan kurma buat ibu menyusu ,malah tidak dinafikan semestinya ibu yang menyusu mengharapkan mereka dapat menyusukan si kecil mereka selama dua tahun penuh tanpa sebarang masalah kekurangan susu mahupun susu tidak berkualiti. Maka melalui penjelasan di atas ibu menyusu boleh mengamalkan kurma untuk mereka dan juga bayi bagi mendapatkan kualiti susu yang baik malah bagi menjaga kesihatan ibu dan juga bayi.
 
 



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.